Thursday, May 16, 2013

Tribal theme and sambal belacan


Aztec theme or tribal theme is the 'in thing' sekarang.  Ramai dah orang pakai corak tribal sebegini.  Bukan je pada corak baju, seluar, handbag malah casing henpon pun sama.  Ala-ala red indian or mayan dan bercorak zig zac gitu.


Ni hasil tangan si Cengal.  Kreatif juga budak ni.  Dalam sibuk-sibuk dia berulangkaji for her semester exam yang baru selesai semalam, dia sempat tunjuk hasil tangan dia ni.  She told me dia tension belajar, then untuk merelakskan diri, dia buat lukisan 'tribal'.

Yang lucunya, ada 'moustache' and pac man kaler hitam....hehehe

Latest photo of Cengal.  Memegang sepinggan rendang ayam.  Nenek masak.  Ni masa makan tengahari. Sengaja ambil gambar ini untuk di'whatsapp'kan ke cousinnya, Aeen.  Biar dia menelan air liur katanya.

Si Cengal adalah pencinta tegar sambal belacan.  Almost tiap-tiap hari request neneknya tumbukkan sambal belacan.  Just imagine dia boleh makan or berulam sambal belacan tu dengan buah asam, nenas, timun, lauk kari, rendang, sup, telur goreng, ayam goreng, cucur pisang, pizza, spegeti, pancake dan macam-macam lagi.....

Part makan, budak ni bukan under class high maintenance....hahaha.


Friday, May 10, 2013

What's your drink ?




 Hari panas minum cola
Tekak haus tak terkira
Hari Jumaat hari yang mulia
Hujung minggu kita bersuka ria

 Jus tembikai, jus limau
Ice lemon tea penghilang dahaga
Hidup berharmoni kita mau
Walaupun kita berlainan bangsa

Buah Naga kaya anti oksida
 Dibuat jus enak sekali
Familiku majmuk berbilang bangsa
Mesra dan pastinya saling menghormati

 Kopi o kopi susu
Minuman klasik berzaman-zaman
Hey there hey you
Apa khabar? Dah makan?

Kopi o peng minuman kesukaanku
Pagi petang malam boleh saja
Ku ucapkan selamat berhujung minggu
Eratkan silaturahim kita sekeluarga



Tuesday, May 07, 2013

Sehingga ke titisan yang terakhir...



Anda pakai gincu?  Anda pakai sampai muak dengan warnanya atau pakai sampai licin?  Atau pakai setengah-setengah dan beli baru?  Kalau pakai berus korek sampai habis? 

Mari tengok macamana saya pakai. 


Sehingga ke calitan yang terakhir.  Gincu tu dah habis pusing dan permukaannya dah rata, saya punya berlengkuk ke dalam sikit... ha ha ha.  Kalau ada berus memang akan dikorek lagi.

Tengok bedak kompak tu pula.  Dah tertanggal tapi isinya masih banyak.  Masih boleh pakai.  Jangan membazir ya.  Sila guna sehingga titisan yang terakhir, tapi gincu bukan losyen.  Jadi gunalah sehingga calitan atau korekan yang terakhir kita dapat.  Sememangnya saya ini jenis orang yang pakai barang sampai rosak atau habis.  Selagi tak rosak atau koyak seperti kasut dan beg, saya akan pakai sehingga ke hujung nyawa! 

Nak berjimat kerana tak cukup duit untuk beli baru atau ekstra?
Tak, tapi membazir itu bukan amalan mulia.

Kita kena berjimat dan berbelanja dengan berhemah.  Barang-barang dah mahal dan kos hidup semakin naik.  Setakat mana kita dapat berjmat, kita harus cuba untuk melakukannya.  Contohnya bila menggunakan ubat gigi.  Picit sampai habis.


gambar dari ehsan google
Nak jimat lagi, gunting tiub ubat gigi tadi kepada dua.... Ha, yang ni boleh diaplikasikan kepada losyen atau minyak rambut yang bertiub.

gambar dari ehsan google
Dari aspek makan-makan pun kena berhemah juga.  Contoh gambar kat bawah ini yang diambil semasa saya menghadiri makan malam di sebuah restoran malam minggu lalu.  Hidangan ikan stim. 

Kata orang Sarawak, " makan sampei lengis". 
Maksudnya makan sampai licin, sampai ke tulang terakhir!

National Geographic POD